Isnin, 28 Oktober 2013

Ibnu Khaldun



    Assalamualaikum teman-teman semua..
 
Korang semua sihat tak,Dilah harap korang sihat walafiat je..
Hari ni Dilah nak share pasal seorang lagi tokoh...
Nak tahu tak siapa??
Ha, beliau adalah Ibnu Khaldun..
Nak tahu tak pasal beliau...
Dekat bawah ni,ade serba sedikit pasal diri beliau...
Korang baca lah...



Ni lah wajah Ibnu Khaldun...Kacak kan beliau
 * Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.

 *  Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Isnin, 21 Oktober 2013

Tokoh Islam: Ibnu Taymiyyah

     Assalamualaikum sahabat semua..
     Kali ni Dilah nak share pasal sorang lagi tokoh Islam..
     Nak tahu siapa??
     Ha,baca entry kali ni!!!



                                                          


                                                             Kenal tak siapa ni??
                                                        Mesti korang tak kenal kan..!




       Taqi ad-Din Ahmad ibn Taymiyyah (nama penuh Taqī ad-Dīn Abu 'l Abbās Ahmad ibn 'Abd al-Halīm ibn 'Abd as-Salām Ibn Taymiya al-Harrānī; bahasa Arab: تقي الدين أبو العباس أحمد بن عبد السلام بن عبد الله ابن تيمية الحراني) adalah seorang sarjana Sunni yang lahir (22 Januari 1263 – 1328) di HarranTurki. Beliau hidup semasa zaman kekacauan yang menyaksikan pencerobohan Mongol. Sebagai seorang yang bermazhab Hanbali, beliau mahu melihat masyarakat Islam kembali kepada sumber al-Quran dan as-Sunnah.

      Ibnu Taimiyah lahir pada tahun 1263 di Harran di dalam keluarga yang alim. Sebuah buku biografi kurun ke-15 bertajuk At-Tibyan li badi'at al-Bayan (التبيان لبديعة البيان) menulis beliau adalah dari keturunan puak Arab Banu Numayr. Datuk beliau, Abu al-Barkat Majd ad-deen ibn Taymiyyah al-Hanbali (meninggal dunia pada tahun 1255), adalah seorang guru terkenal dalam mazhab Hanbali. Bapa Ibnu Taimiyah, Shihabuddeen Abd al-Haleem ibn Taymiyyah (meninggal dunia pada tahun 1284) juga dikenali dengan pencapaiannya ilmunya yang membanggakan.

Selasa, 15 Oktober 2013

Hari Raya Haji

                                         Hari Raya Haji


Assalamualaikum kawan-kawan..
Ha, kali ni Dilah nak share pasal raya haji...
Korang tahu tak apa itu 'Raya Haji'???
Kalau korang tak tahu, baca entry Dilah kali ni..
Confirm lepas ni korang akan tahu apa itu 'Raya Haji'..



           Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Isnin, 30 September 2013

TOKOH : Ibnu Rusyd

                           IBNU RUSYD


    Ibnu Rusyd adalah seorang ilmuwan muslim yang cerdas dan menguasai banyak bidang ilmu, seperti al-Quran, fisika, kedokteran, biologi, filsafat, dan astronomi. Ibnu Rusyd lahir pada tahun 1198 di Kordoba, Spanyol. Di Barat, ia dikenal dengan nama Averroes. Ayah Ibnu Rusyd adalah seorang ahli hukum yang cukup berpengaruh di Kordoba. Sementara itu, banyak saudaranya menduduki posisi penting di pemerintahan. Latar belakang keluarganya itulah yang sangat mempengaruhi proses pembentukan tingkat intelektualitas Ibnu Rusyd di kemudian hari. Ibnu Rusyd adalah seorang tokoh perintis ilmu jaringan tubuh (histology). Ia pun berjasa dalam bidang penelitian pembuluh darah dan penyakit cacar.

   Abad XII dan beberapa abad sebelumnya adalah zaman keemasan bagi perkembangan ilmu pengetahuan di dunia Islam. Saat itu, Dinasti Abbasiyah sedang berkuasa, dengan pusat pemerintahan di Semenanjung Andalusia (Spanyol). Para penguasa muslim pada masa itu sangat mendukung perkembangan ilmu pengetahuan. Mereka sering meminta para ilmuwan untuk menggali kembali warisan intelektual Yunani yang masih tersisa. Dengan begitu, nama-nama ilmuwan beserta Yunani beserta karyanya, seperti Aristoteles, Plato, Phytagoras, dan Euclides, masih tetap terpelihara hingga sekarang.

   Ibnu Rusyd dapat digolongkan sebagai seorang ilmuwan yang komplit. Selain sebagai seorang ahli filsafat, ia juga dikenal pakar di bidang kedokteran, sastra, logika, ilmu pasti, dan ilmu agama. Sehubungan dengan itu, ia sangat menguasai ilmu tafsir al-Quran dan hadis, juga ilmu hukum dan fikih. Disebabkan kecerdasannya itulah, ia kemudian diangkat menjadi Hakim Agung Kordoba, sebuah jabatan yang pernah dipegang kakeknya pada masa pemerintahan Dinasti al-Murabitun di Afrika Utara. Ibnu Rusyd menjadi hakim agung selama masa pemerintahan Khalifah Abu Ya’kub Yusuf hingga anaknya, Khalifah Abu Yusuf.
Biografi Ibnu Rusyd: Perintis Ilmu Jaringan Tubuh

Isnin, 23 September 2013

Hari Malaysia

                                            



               Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Isnin, 9 September 2013

IBNU SINA

Kenal tak siapa ni? Tak kenal? Jom baca kisah beliau di bawah..

    Kelahiran dan kehidupan beliau: 

- Nama beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina, manakala gelaran beliau pula ialah Abu Ali. 

- Ibnu Sina dilahirkan di Afsyinah iaitu nama sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Bukhara di mana kini ia yang terletak di Republik Uzbekistan. 

- Ibnu Sina dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak teguh. Ayah beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di salah sebuah perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmithan, walau bagaimanapun akhirnya beliau tinggal menetap di Afsyanah kerana tempat tersebut hampir dengan tempat kerjanya. Dengan demikian bapa Ibnu Sina mampu memberikan pendidikan yang unggul dan pengetahuan yang agak tinggi kepada Ibnu Sina dan adik-beradik beliau jika dibandingkan dengan suasana yang ada pada masa tersebut. Bapa beliau telah menyediakan seorang guru Al-Quran dan seorang guru kesusasteraan menyebabkan Ibnu Sina dapat menghafal seluruh Al-Quran dalam usia sepuluh tahun. 

Isnin, 19 Ogos 2013

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Persiapan Merdeka
      Pada saat kegembiraan mengecapi nikmat merdeka, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sedar yang ia kini akan berhadapan dengan cabaran paling besar iaitu mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Negara terpaksa berdikari menggunakan segala sumber negara yang ada dengan sebaik mungkin bagi mengisi kemerdekaan yang telah dicapai. Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam ucapannya di radio pada 8 Julai 1957, 'marilah kita sambut hari kemerdekaan dengan ramai meriah supaya akan terjalin di dalam sejarah kita, suatu peringatan yang murni iaitu kemerdekaan yang kita peroleh ini tidak dengan menumpahkan darah'.
      Langkah terawal kerajaan ialah memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang erti kemerdekaan. Ini bagi menangkis pelbagai desus-desus dan dakyah yang timbul berikutan kemerdekaan negara. Program penerangan ini diharapkan dapat memupuk perasaan mehibah antara kaum supaya kemakmuran dan faedah yang jitu daripada kemerdekaan negara dapat dinikmati bersama. Dalam pada itu, sebagai sebuah negara yang akan memperoleh kemerdekaan, penonjolan identiti negara amat penting diberi penekanan. Melalui inisiatif Tunku Abdul Rahman, lagu kebangsaan negara telah dicipta dan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dicipta dan dikibarkan pada tahun 1950, telah diterima pakai sebagai bendera rasmi. Beberapa prasarana fizikal juga dibina serentak dengan persiapan-persiapan untuk menyambut kemerdekaan.
      Ekoran daripada usaha kerajaan untuk mendapatkan lokasi yang paling sesuai untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan negara, stadium yang sedang dirancang pembinaannya untuk kegiatan sukan sejak tahun 1955 menjadi lokasi yang terbaik. Stadium yang menelan belanja mencapai 2.3 juta dinamakan Stadium Merdeka yang telah dirasmikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum upacara pengisytiharan kemerdekaan negara.
    Untuk membiayai sebahagian acara perayaan sambutan kemerdekaan negara yang telah dirancang,  sebuah tabung yang dinamakan Tabung Perayaan Merdeka telah ditubuhkan oleh kerajaa. Terdapat pelbagai cara digunakan untuk tujuan kutipan derma ini. Di Parit, Perak, misalnya, persembahan sandiwara telah diadakan di seluruh kampung. Malah sijil kemerdekaan yang berharga $5 dan $10 setiap satu turut dikeluarkan.
       Siaran-siaran radio saban hari menyiarkan pelbagai lagu-lagu kebangsaan dan patriotik yang baru dicipta oleh penggubah lagu khusus untuk sambutan hari kemerdekaan. Lagu-lagu seperti Hari Kemerdekaan,  Melayu Raya, dan Saat Bahagia adalah antara lagu yang kerap disiarkan. Keghairahan orang ramai yang ingin menyambut kemerdekaan negara dapat dilihat apabila tiket-tiket Keretapi Tanah Melayu habis ditempah. Malah Hotel Federal yang baru dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 26 Ogos juga telah penuh ditempah. Pegawai dan kakitangan kerajaan turut menerima gaji seminggu lebih awal bagi memberi peluang kepada mereka untuk merayakan hari kemerdekaan. Bagi pekerja-pekerja kilang, ladang dan lombong, cuti bergaji diberi pada 31 Ogos supaya mereka dapat turut bersama dalam perayaan bersejarah itu.

Isnin, 22 Julai 2013

RAMADHAN DATANG LAGI...

assalamualaikum kawan-kawan semua...

ha,  kali  ni  dilah  nak  share  pasal  ramadhan...
korang  tau  tak  ape  itu  ramadhan..
sesetengah  orang  mesti  tak  tahu  kan  apa  itu  ramadhan...

dekat  sini  ade  serba  sedikit  pasal  ramadhan...
korang  baca  tau, jangan  tak  baca
penting...dan  untuk  pengetahuan  korang  jugak


                                   APA  ITU  BULAN  RAMADHAN???

1) Bulan Perubahan

     Tibanya bulan Ramadhan, kita akan dapati banyak perubahan berlaku dalam hidup seorang muslim. Jadual tidur bangun sesetengah kita mungkin berubah. Mereka yang biasa bangun lewat hingga matahari hampir terbit, hari ini bangun seawal 4.30 pagi untuk bersahur. Jika sebulan penuh kita dilatih bangun awal, bukanlah satu kesukaran untuk diteruskan rutin ini pada bulan-bulan berikutnya.

       Waktu sahur adalah waktu yang sangat sesuai untuk mendekatkan diri dan bertaubat kepada Allah. Kerana waktu sepertiga malam terakhir adalah waktu Allah Taala turun ke langit dunia dan berfirman, “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku akan menyahutnya. Dan sesiapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku akan menunaikannya. Dan sesiapa yang meminta ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuninya”. (Kenyataan ini direkod dalam Sahih Bukhari dan Muslim).

     Di bulan Ramadhan juga, berlaku perubahan mendadak di surau dan masjid. Surau yang kebiasaannya dihadiri separuh saf pada waktu Subuh, kini meningkat sedikit kepada dua saf atau lebih. Alangkah baiknya jika amalan ini menjadi titik permulaan kepada rutin menghadiri solat jemaah pada bulan-bulan berikutnya.

     Ramadhan juga menyaksikan perubahan dalam bacaan al-Quran. Mereka yang tidak pernah menyentuh mushaf selama 11 bulan kembali membuka helaian-helaian yang mungkin sudah berdebu atau dimakan anai-anai. Yang sentiasa membacanya saban hari akan melipat gandakan lagi bacaan pada bulan ini, bertepatan dengan bulan yang mendapat julukan Bulan Al-Quran.

Ahad, 9 Jun 2013

CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum kawan-kawan semua...
Haa,cuti dah habis dan sekolah telah bermula..
Seronok tak cuti kawan-kawan kali ni...
Agak-agaknya korang pergi mana,erk..

Haa,di sini dilah nak cerita pasal cuti dilah..
Korang nak tahu tak dilah pergi mana cuti hari tu??
Mesti kawan-kawan nak tahu kan???
Sebenarnya dilah tak kemana pun
Sekadar pergi makan kenduri saudara mara dilah je...
Tapi,pada hari khamis yang lepas iaitu pada 6/6/13
Umi dan ayah dilah bawa dilah dan adik beradik dilah pergi pantai
Nak tahu pantai mana dilah pergi
Dilah pergi PANTAI IRAMA,BACHOK
Masa tu,dilah baru balik dari kenduri saudara dilah
Sebenarnya dilah dan adik beradik dilah tak tahu pun yang umi dan ayah dilah nak bawa kami ke sana
Kami tak menyangka langsung
Apabila kereta yang dinaiki oleh family dilah masuk ke kawasan pantai irama
Baru dilah dan adik beradik dilah tahu
Masa tu,dilah dan adik beradik dilah apa lagi
Excited lah
Kami dah lama tak pergi pantai

Sabtu, 25 Mei 2013

Persahabatan

Assalamualaikum semua,,

Dah baca cerpen saya yang dulu? Ok ni cerpen yang sama tapi telah diubahsuai,, Selamat membaca!
Komen yang positif amat dihargai!

      “ Iylia,tunggu! Awak  nak  pergi  mana? Tunggulah  saya” panggilku  dengan  lantang  untuk  memberhentikan  langkahnya. Tanpa  aku  sedari, aku  telah  terpijak  kulit  pisang  yang  berada  di  hadapanku  yang  dibuang  oleh  manusia  yang  tidak  bertanggungjawab  ketika  aku  berlari  dengan  pantas  untuk  memanggil  sahabatku. Akibatnya, aku   telah  jatuh  tersungkur  di  hadapan   khalayak  ramai  iaitu  kawan-kawan  sekolah  aku  sendiri  yang  sedang  menikmati  makanan  yang  mereka  beli  di  kantin  sekolah. Mereka  semua  mentertawakan  aku  kerana  aku  jatuh  seperti  ‘nangka  busuk’. Aku  berasa  sangat  malu  pada  ketika  itu.
      “ Fadilah, awak  tak  apa-apa  ke? Mari  saya  tolong  awak” tanya  Afifah, rakan  sekelasku  sambil  menolong  aku  untuk  berdiri.
      “ Saya  tak  apa-apa, cuma  siku  saya  terasa  sakit. Mungkin  sebab  terjatuh  tadi  agaknya” aku  terus  melihat  siku  aku  yang  terasa  sakit  itu.
      “ Mari  sini  saya  tolong  tengokkan. Ya  Allah, siku  awak  berdarah  ni. Mari, saya  bawa  awak  ke  bilik  sakit. Luka  awak  ini  perlu  dicuci. Jikalau  tidak, ia  akan  dijangkiti  kuman” bebel  Afifah  panjang  lebar  setelah  dia  melihat  luka  di  siku ku.
         Melihat  Afifah  membersihkan  luka  di  siku ku, hatiku  berbisik. Baik  juga  Afifah  ini. Walaupun  dia  seorang  pendiam  di  dalam  kelas, tetapi  hati  dia  baik. Dia  tak  seperti  orang  lain. Dia  sangat  berbeza.


Ahad, 19 Mei 2013

Sambutan Hari Guru

Pada hari khamis minggu lepas
Sekolah saya telah mengadakan sambutan hari guru
Sambutan hari guru pada tahun ini sangat meriah sekali
Pelbagai acara telah dirancang oleh PERSATUAN TINGKATAN LIMA (PERTIMA) sekolah saya
Antara acara yang dilangsungkan ialah
Mengukur kelapa bagi guru perempuan
Bermain sepak takraw bagi guru lelaki
Menghias kek bagi guru perempuan
dan bermacam acara lagi (lupa sudah)


Di sini saya ada sediakan beberapa keping gambar
sempena hari guru yang lepas


                                                 


                                                  persembahan dikir barat dari PERTIMA



                                       suasana di dalam dewan ketika sambutan hari guru dijalankan



                                       tema sekolah hari guru tahun ini,HAWAIAN TRADISIONAL



                                                     persembahan silat dari murid-murid



                 hasil kerja tangan guru perempuan dalam pertandingan membuat colek buah



                                         beberapa orang guru yang berkhidmat di smkam

Sampai di sini dahulu
Cerita pasal sambutan hari guru di sekolah saya
Kalau korang nak share
pasal sambutan hari guru di sekolah korang
dipersilakan.........

Isnin, 1 April 2013

MAKSUD NAMA ANDA..

                                        MAKSUD  HURUF  BAGI  NAMA  'NUR  FADILAH'


 N: Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

U: Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

R: Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


F: Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

A: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

D: Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

I: Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

L: Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

A: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

H: Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


                                               APA  ADA  PADA  'NUR  FADILAH'


                                                                           


NUR  FADILAH
NNaif
UUntung
RRamah
FFleksibel
AAmanah
DDinamik
IIkhlas
LLemah- lembut
AAlim
HHarum

 

                                                                 APA  ITU  'NUR  FADILAH'

                                 NUR : Cahaya
                       FADILAH : Mulia, cemerlang, unggul, berbudaya dan ditapis

 

KOMPUTER LAMA

                                                              ASAS  KOMPUTER:

1) PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

     Sebelum anda mempelajari program-program aplikasi atau perisian sesebuah komputer pengetahuan asas mengenai komputer adalah di perlukan bagi memastikan anda tidak mengalami masalah ketika mengendalikannya. Saya akan cuba menulis seringkas mungkin mengenai asas-asas sesebuah komputer. Di dalam era komputer multi media tugas sesuatu komputer itu di pelbagaikan dan ia menjadi begitu luas pengunaanya kerana ianya bukan sahaja bertindak sebagai sebuah mesin menaip malah ianya menjadi alat penghibur dan penhubung anda dengan dunia luar bagi yang mehendaki ianya berfungsi sebegitu. Dengan sesebuah komputer anda merasakan anda terlalu dekat dengan rakan-rakan anda walaupun pada hakikatnya anda di pisahkan oleh 7 lautan. Inilah yang selalu dikatakan dunia tampa sempadan.

     Teknologi komputer sebenarnya berkembang begitu pantas dan ianya sentiasa di perbahurui setiap hari oleh gergasi-gergasi pengeluar komputer. Dari sebuah mesin yang sebesar-besarnya aia kini semakin di kecilkan sehinga kepada cuma sebuah mesin di telapak tangan anda.Dan munkin satu ketika nanti ianya akan di kecilkan lebih dari yang telah ujud sekatrang. Teknologi komputer juga menjadikan segala maklumat dan ilmu hanya berada di hujung jari anda.

     Walaubagaimanapun kecagihan komputer tidak lah bermakna tampa perisian aplikasi yang turut juga berlari seiring dengan teknologi sesebuah komputer. Aplikasi sesebuah sebenarnya merupakan nyawa kepada teknologi komputer itu sendiri tampa aplikasi yang baik teknologi komputer tidak akan berkembang dengan baik dan pantas. Kesimpulanya ialah teknologi pembuatan komputer mistilah seiring dengan teknologi pengeluaran aplikasi atau perisianya.
2) KOMPONEN  UTAMA  KOMPUTER
     Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen utama bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat menjami keberkesanan penggunaanya. Walaubagaimanapun penggunaan Mouse adalah lebih kepada asesori pilihan kepada anda kerana tampanya komputer anda tetap akan berfungsi. dan pengunaan printer pula lebih kepada penyediaan terakhir anda dalam penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja. Lima kopenen utama komputer ialah;

(a) Monitor (paparan)
(b) CPU (system unit)
(c) Key board
(d) Printer
(f) mouse 




Isnin, 18 Mac 2013

HARI RAYA 2012


Ini  masa  hari  raya  aidilfitri  tahun  lepas..
Pada  tahun  lepas  tema  keluarga  saya  koko..
So, semua  orang  dalam  keluarga  saya  memakai  baju  berwarna  koko..
Tema  untuk  tahun  ini, belum  dibincangkan..
So, saya  belum  boleh  kongsi  lagi  pada  rakan-rakan  saya  tentang  tema  untuk  tahun  ini.



MY FAMILY




                                                        MY  FAMILY


Inilah  keluarga  saya...
Ayah  saya  bernama  MOHD  SIDIK  B. ISMAIL..
Emak  saya  pula  bernama  HASWANI  BT. HARON..
Saya  mempunyai  empat  orang  adik  beradik..
Anak  sulung  lelaki..
Anak  kedua  perempuan..
Anak  ketiga  lelaki..
Anak  bongsu  perempuan..
Saya  anak  kedua..
Abang  saya  bernama  MOHAMAD AZWAN B. MOHD  SIDIK..
Adik  lelaki  saya  bernama  MUHAMMAD  AZMAN  B, MOHD  SIDIK..
Manakala  adik  bongsu  saya  bernama  NUR  FATIN  FATIHAH  BT. MOHD  SIDIK..
Keluarga  saya  sangat  bahagia.




 



                     

Isnin, 11 Mac 2013

APA ITU CIKGU??




                                                                  CIKGU  

 

 Cikgu merupakan insan yang menurunkan ilmu kapada para pelajar..
      Cikgu juga merupakan insan yang patut dihormati oleh masyarakat..
           Kerana jika tiadanya cikgu,tidak semestinya kita boleh mengenal apa itu 'ABC'.                           

Isnin, 4 Mac 2013

PENGERTIAN BAHASA MELAYU

 



        Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

       Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

         Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[kutipan diperlukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

          Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

         Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.

        Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

         Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.


P/s : Saya copy paste je ni, sebab tak ada idea nak tulis apa.. 

TERIMA KASIH

Assalamualaikum  kepada  semua  sahabatku...

                    Di  sini  ingin  saya  mengucapkan  ribuan  terima  kasih kepada  semua  budak  perempuan  kelas  saya (2 is)  kerana  mengingati  birthday  saya  iatu  pada  26/2  baru-baru  ini...thanks  to all of you

Rabu, 23 Januari 2013

Tentang Pemilik Blog

Assalamualaikum semua,,!!

    Saya Nur Fadilah Bt. Mohd Sidik. Selamat berkenalan. Ni  first time saya buat blog, memang banyak lagi yang perlu saya belajar tentang dunia alam maya ini. Saya belajar di Melor Islamic Secondary School dan idea membangunkan blog ni sebenarnya idea Pn. Suria, guru ICT.

   Dunia blogging, pada mulanya otak saya memang kosong. Terima kasih kepada sahabat saya Afifah dan Iylia kerana sudi membantu.

  Sampai sini dahulu, fistr entry tak mungkin panjangkan?? haha..

Bye,,!!