Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Isnin, 23 September 2013
Isnin, 9 September 2013
IBNU SINA
Kenal tak siapa ni? Tak kenal? Jom baca kisah beliau di bawah..
Kelahiran dan kehidupan beliau:
- Nama beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina, manakala gelaran beliau pula ialah Abu Ali.
- Ibnu Sina dilahirkan di Afsyinah iaitu nama sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Bukhara di mana kini ia yang terletak di Republik Uzbekistan.
- Ibnu Sina dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak teguh. Ayah beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di salah sebuah perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmithan, walau bagaimanapun akhirnya beliau tinggal menetap di Afsyanah kerana tempat tersebut hampir dengan tempat kerjanya. Dengan demikian bapa Ibnu Sina mampu memberikan pendidikan yang unggul dan pengetahuan yang agak tinggi kepada Ibnu Sina dan adik-beradik beliau jika dibandingkan dengan suasana yang ada pada masa tersebut. Bapa beliau telah menyediakan seorang guru Al-Quran dan seorang guru kesusasteraan menyebabkan Ibnu Sina dapat menghafal seluruh Al-Quran dalam usia sepuluh tahun.
Isnin, 19 Ogos 2013
SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Persiapan Merdeka
Pada saat kegembiraan mengecapi nikmat merdeka, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sedar yang ia kini akan berhadapan dengan cabaran paling besar iaitu mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Negara terpaksa berdikari menggunakan segala sumber negara yang ada dengan sebaik mungkin bagi mengisi kemerdekaan yang telah dicapai. Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam ucapannya di radio pada 8 Julai 1957, 'marilah kita sambut hari kemerdekaan dengan ramai meriah supaya akan terjalin di dalam sejarah kita, suatu peringatan yang murni iaitu kemerdekaan yang kita peroleh ini tidak dengan menumpahkan darah'.
Langkah terawal kerajaan ialah memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang erti kemerdekaan. Ini bagi menangkis pelbagai desus-desus dan dakyah yang timbul berikutan kemerdekaan negara. Program penerangan ini diharapkan dapat memupuk perasaan mehibah antara kaum supaya kemakmuran dan faedah yang jitu daripada kemerdekaan negara dapat dinikmati bersama. Dalam pada itu, sebagai sebuah negara yang akan memperoleh kemerdekaan, penonjolan identiti negara amat penting diberi penekanan. Melalui inisiatif Tunku Abdul Rahman, lagu kebangsaan negara telah dicipta dan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dicipta dan dikibarkan pada tahun 1950, telah diterima pakai sebagai bendera rasmi. Beberapa prasarana fizikal juga dibina serentak dengan persiapan-persiapan untuk menyambut kemerdekaan.
Ekoran daripada usaha kerajaan untuk mendapatkan lokasi yang paling sesuai untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan negara, stadium yang sedang dirancang pembinaannya untuk kegiatan sukan sejak tahun 1955 menjadi lokasi yang terbaik. Stadium yang menelan belanja mencapai 2.3 juta dinamakan Stadium Merdeka yang telah dirasmikan pada 30 Ogos iaitu sehari sebelum upacara pengisytiharan kemerdekaan negara.
Untuk membiayai sebahagian acara perayaan sambutan kemerdekaan negara yang telah dirancang, sebuah tabung yang dinamakan Tabung Perayaan Merdeka telah ditubuhkan oleh kerajaa. Terdapat pelbagai cara digunakan untuk tujuan kutipan derma ini. Di Parit, Perak, misalnya, persembahan sandiwara telah diadakan di seluruh kampung. Malah sijil kemerdekaan yang berharga $5 dan $10 setiap satu turut dikeluarkan.
Siaran-siaran radio saban hari menyiarkan pelbagai lagu-lagu kebangsaan dan patriotik yang baru dicipta oleh penggubah lagu khusus untuk sambutan hari kemerdekaan. Lagu-lagu seperti Hari Kemerdekaan, Melayu Raya, dan Saat Bahagia adalah antara lagu yang kerap disiarkan. Keghairahan orang ramai yang ingin menyambut kemerdekaan negara dapat dilihat apabila tiket-tiket Keretapi Tanah Melayu habis ditempah. Malah Hotel Federal yang baru dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 26 Ogos juga telah penuh ditempah. Pegawai dan kakitangan kerajaan turut menerima gaji seminggu lebih awal bagi memberi peluang kepada mereka untuk merayakan hari kemerdekaan. Bagi pekerja-pekerja kilang, ladang dan lombong, cuti bergaji diberi pada 31 Ogos supaya mereka dapat turut bersama dalam perayaan bersejarah itu.
Isnin, 22 Julai 2013
RAMADHAN DATANG LAGI...
assalamualaikum kawan-kawan semua...
ha, kali ni dilah nak share pasal ramadhan...
korang tau tak ape itu ramadhan..
sesetengah orang mesti tak tahu kan apa itu ramadhan...
dekat sini ade serba sedikit pasal ramadhan...
korang baca tau, jangan tak baca
penting...dan untuk pengetahuan korang jugak
APA ITU BULAN RAMADHAN???

1) Bulan Perubahan
Tibanya bulan Ramadhan, kita akan dapati banyak perubahan berlaku dalam hidup seorang muslim. Jadual tidur bangun sesetengah kita mungkin berubah. Mereka yang biasa bangun lewat hingga matahari hampir terbit, hari ini bangun seawal 4.30 pagi untuk bersahur. Jika sebulan penuh kita dilatih bangun awal, bukanlah satu kesukaran untuk diteruskan rutin ini pada bulan-bulan berikutnya.
Waktu sahur adalah waktu yang sangat sesuai untuk mendekatkan diri dan bertaubat kepada Allah. Kerana waktu sepertiga malam terakhir adalah waktu Allah Taala turun ke langit dunia dan berfirman, “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku akan menyahutnya. Dan sesiapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku akan menunaikannya. Dan sesiapa yang meminta ampun kepadaKu, nescaya Aku mengampuninya”. (Kenyataan ini direkod dalam Sahih Bukhari dan Muslim).
Di bulan Ramadhan juga, berlaku perubahan mendadak di surau dan masjid. Surau yang kebiasaannya dihadiri separuh saf pada waktu Subuh, kini meningkat sedikit kepada dua saf atau lebih. Alangkah baiknya jika amalan ini menjadi titik permulaan kepada rutin menghadiri solat jemaah pada bulan-bulan berikutnya.
Ramadhan juga menyaksikan perubahan dalam bacaan al-Quran. Mereka yang tidak pernah menyentuh mushaf selama 11 bulan kembali membuka helaian-helaian yang mungkin sudah berdebu atau dimakan anai-anai. Yang sentiasa membacanya saban hari akan melipat gandakan lagi bacaan pada bulan ini, bertepatan dengan bulan yang mendapat julukan Bulan Al-Quran.
Tibanya bulan Ramadhan, kita akan dapati banyak perubahan berlaku dalam hidup seorang muslim. Jadual tidur bangun sesetengah kita mungkin berubah. Mereka yang biasa bangun lewat hingga matahari hampir terbit, hari ini bangun seawal 4.30 pagi untuk bersahur. Jika sebulan penuh kita dilatih bangun awal, bukanlah satu kesukaran untuk diteruskan rutin ini pada bulan-bulan berikutnya.
Ahad, 9 Jun 2013
CUTI SEKOLAH
Assalamualaikum kawan-kawan semua...
Haa,cuti dah habis dan sekolah telah bermula..
Seronok tak cuti kawan-kawan kali ni...
Agak-agaknya korang pergi mana,erk..
Haa,di sini dilah nak cerita pasal cuti dilah..
Korang nak tahu tak dilah pergi mana cuti hari tu??
Mesti kawan-kawan nak tahu kan???
Sebenarnya dilah tak kemana pun
Sekadar pergi makan kenduri saudara mara dilah je...
Tapi,pada hari khamis yang lepas iaitu pada 6/6/13
Umi dan ayah dilah bawa dilah dan adik beradik dilah pergi pantai
Nak tahu pantai mana dilah pergi
Dilah pergi PANTAI IRAMA,BACHOK
Masa tu,dilah baru balik dari kenduri saudara dilah
Sebenarnya dilah dan adik beradik dilah tak tahu pun yang umi dan ayah dilah nak bawa kami ke sana
Kami tak menyangka langsung
Apabila kereta yang dinaiki oleh family dilah masuk ke kawasan pantai irama
Baru dilah dan adik beradik dilah tahu
Masa tu,dilah dan adik beradik dilah apa lagi
Excited lah
Kami dah lama tak pergi pantai

Sabtu, 25 Mei 2013
Persahabatan
Assalamualaikum semua,,
Dah baca cerpen saya yang dulu? Ok ni cerpen yang sama tapi telah diubahsuai,, Selamat membaca!
Komen yang positif amat dihargai!
Dah baca cerpen saya yang dulu? Ok ni cerpen yang sama tapi telah diubahsuai,, Selamat membaca!
Komen yang positif amat dihargai!
“ Iylia,tunggu!
Awak nak
pergi mana? Tunggulah saya” panggilku dengan
lantang untuk memberhentikan langkahnya. Tanpa aku
sedari, aku telah terpijak
kulit pisang yang
berada di hadapanku
yang dibuang oleh
manusia yang tidak
bertanggungjawab ketika aku
berlari dengan pantas
untuk memanggil sahabatku. Akibatnya, aku telah
jatuh tersungkur di
hadapan khalayak ramai
iaitu kawan-kawan sekolah
aku sendiri yang
sedang menikmati makanan
yang mereka beli
di kantin sekolah. Mereka semua
mentertawakan aku kerana
aku jatuh seperti
‘nangka busuk’. Aku berasa
sangat malu pada
ketika itu.
“ Fadilah,
awak tak
apa-apa ke? Mari saya
tolong awak” tanya Afifah, rakan
sekelasku sambil menolong
aku untuk berdiri.
“
Saya tak
apa-apa, cuma siku saya
terasa sakit. Mungkin sebab
terjatuh tadi agaknya” aku
terus melihat siku
aku yang terasa
sakit itu.
“
Mari sini saya
tolong tengokkan. Ya Allah, siku
awak berdarah ni. Mari, saya bawa
awak ke bilik
sakit. Luka awak ini
perlu dicuci. Jikalau tidak, ia
akan dijangkiti kuman” bebel
Afifah panjang lebar setelah dia
melihat luka di siku
ku.
Melihat
Afifah membersihkan luka
di siku ku, hatiku berbisik. Baik juga
Afifah ini. Walaupun dia
seorang pendiam di
dalam kelas, tetapi hati
dia baik. Dia tak
seperti orang lain. Dia
sangat berbeza.
Ahad, 19 Mei 2013
Sambutan Hari Guru
Pada hari khamis minggu lepas
Sekolah saya telah mengadakan sambutan hari guru
Sambutan hari guru pada tahun ini sangat meriah sekali
Pelbagai acara telah dirancang oleh PERSATUAN TINGKATAN LIMA (PERTIMA) sekolah saya
Antara acara yang dilangsungkan ialah
Mengukur kelapa bagi guru perempuan
Bermain sepak takraw bagi guru lelaki
Menghias kek bagi guru perempuan
dan bermacam acara lagi (lupa sudah)
Di sini saya ada sediakan beberapa keping gambar
sempena hari guru yang lepas

persembahan dikir barat dari PERTIMA

suasana di dalam dewan ketika sambutan hari guru dijalankan

tema sekolah hari guru tahun ini,HAWAIAN TRADISIONAL

persembahan silat dari murid-murid

hasil kerja tangan guru perempuan dalam pertandingan membuat colek buah

beberapa orang guru yang berkhidmat di smkam
Sampai di sini dahulu
Cerita pasal sambutan hari guru di sekolah saya
Kalau korang nak share
pasal sambutan hari guru di sekolah korang
dipersilakan.........

Isnin, 1 April 2013
MAKSUD NAMA ANDA..
MAKSUD HURUF BAGI NAMA 'NUR FADILAH'
F: Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
A: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
D: Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
I: Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
L: Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

H: Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
APA ADA PADA 'NUR FADILAH'
NUR : Cahaya
FADILAH : Mulia, cemerlang, unggul, berbudaya dan ditapis
N: Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
U: Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
R: Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
F: Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
A: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
D: Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
I: Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
L: Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
A: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
H: Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
APA ADA PADA 'NUR FADILAH'
| NUR FADILAH | |
| N | Naif |
| U | Untung |
| R | Ramah |
| F | Fleksibel |
| A | Amanah |
| D | Dinamik |
| I | Ikhlas |
| L | Lemah- lembut |
| A | Alim |
| H | Harum |
APA ITU 'NUR FADILAH'
NUR : Cahaya
FADILAH : Mulia, cemerlang, unggul, berbudaya dan ditapis
KOMPUTER LAMA
ASAS KOMPUTER:
1) PENGENALAN KEPADA KOMPUTER
Sebelum anda mempelajari program-program aplikasi atau perisian sesebuah komputer pengetahuan asas mengenai komputer adalah di perlukan bagi memastikan anda tidak mengalami masalah ketika mengendalikannya. Saya akan cuba menulis seringkas mungkin mengenai asas-asas sesebuah komputer. Di dalam era komputer multi media tugas sesuatu komputer itu di pelbagaikan dan ia menjadi begitu luas pengunaanya kerana ianya bukan sahaja bertindak sebagai sebuah mesin menaip malah ianya menjadi alat penghibur dan penhubung anda dengan dunia luar bagi yang mehendaki ianya berfungsi sebegitu. Dengan sesebuah komputer anda merasakan anda terlalu dekat dengan rakan-rakan anda walaupun pada hakikatnya anda di pisahkan oleh 7 lautan. Inilah yang selalu dikatakan dunia tampa sempadan.
Teknologi komputer sebenarnya berkembang begitu pantas dan ianya sentiasa di perbahurui setiap hari oleh gergasi-gergasi pengeluar komputer. Dari sebuah mesin yang sebesar-besarnya aia kini semakin di kecilkan sehinga kepada cuma sebuah mesin di telapak tangan anda.Dan munkin satu ketika nanti ianya akan di kecilkan lebih dari yang telah ujud sekatrang. Teknologi komputer juga menjadikan segala maklumat dan ilmu hanya berada di hujung jari anda.
Walaubagaimanapun kecagihan komputer tidak lah bermakna tampa perisian aplikasi yang turut juga berlari seiring dengan teknologi sesebuah komputer. Aplikasi sesebuah sebenarnya merupakan nyawa kepada teknologi komputer itu sendiri tampa aplikasi yang baik teknologi komputer tidak akan berkembang dengan baik dan pantas. Kesimpulanya ialah teknologi pembuatan komputer mistilah seiring dengan teknologi pengeluaran aplikasi atau perisianya.

2) KOMPONEN UTAMA KOMPUTER
(a) Monitor (paparan)
(b) CPU (system unit)
(c) Key board
(d) Printer
(f) mouse
Isnin, 18 Mac 2013
HARI RAYA 2012
Ini masa hari raya aidilfitri tahun lepas..
Pada tahun lepas tema keluarga saya koko..
So, semua orang dalam keluarga saya memakai baju berwarna koko..
Tema untuk tahun ini, belum dibincangkan..
So, saya belum boleh kongsi lagi pada rakan-rakan saya tentang tema untuk tahun ini.
MY FAMILY
MY FAMILY
Inilah keluarga saya...
Ayah saya bernama MOHD SIDIK B. ISMAIL..
Emak saya pula bernama HASWANI BT. HARON..
Saya mempunyai empat orang adik beradik..
Anak sulung lelaki..
Anak kedua perempuan..
Anak ketiga lelaki..
Anak bongsu perempuan..
Saya anak kedua..
Abang saya bernama MOHAMAD AZWAN B. MOHD SIDIK..
Adik lelaki saya bernama MUHAMMAD AZMAN B, MOHD SIDIK..
Manakala adik bongsu saya bernama NUR FATIN FATIHAH BT. MOHD SIDIK..
Keluarga saya sangat bahagia.
Isnin, 11 Mac 2013
APA ITU CIKGU??
CIKGU
Cikgu merupakan insan yang menurunkan ilmu kapada para pelajar..
Cikgu juga merupakan insan yang patut dihormati oleh masyarakat..
Kerana jika tiadanya cikgu,tidak semestinya kita boleh mengenal apa itu 'ABC'.
Isnin, 4 Mac 2013
PENGERTIAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[kutipan diperlukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.
P/s : Saya copy paste je ni, sebab tak ada idea nak tulis apa..
TERIMA KASIH
Assalamualaikum kepada semua sahabatku...
Di sini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua budak perempuan kelas saya (2 is) kerana mengingati birthday saya iatu pada 26/2 baru-baru ini...thanks to all of you
Di sini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua budak perempuan kelas saya (2 is) kerana mengingati birthday saya iatu pada 26/2 baru-baru ini...thanks to all of you
Rabu, 23 Januari 2013
Tentang Pemilik Blog
Assalamualaikum semua,,!!
Saya Nur Fadilah Bt. Mohd Sidik. Selamat berkenalan. Ni first time saya buat blog, memang banyak lagi yang perlu saya belajar tentang dunia alam maya ini. Saya belajar di Melor Islamic Secondary School dan idea membangunkan blog ni sebenarnya idea Pn. Suria, guru ICT.
Dunia blogging, pada mulanya otak saya memang kosong. Terima kasih kepada sahabat saya Afifah dan Iylia kerana sudi membantu.
Sampai sini dahulu, fistr entry tak mungkin panjangkan?? haha..
Bye,,!!

Langgan:
Catatan (Atom)