Sabtu, 25 Mei 2013

Persahabatan

Assalamualaikum semua,,

Dah baca cerpen saya yang dulu? Ok ni cerpen yang sama tapi telah diubahsuai,, Selamat membaca!
Komen yang positif amat dihargai!

      “ Iylia,tunggu! Awak  nak  pergi  mana? Tunggulah  saya” panggilku  dengan  lantang  untuk  memberhentikan  langkahnya. Tanpa  aku  sedari, aku  telah  terpijak  kulit  pisang  yang  berada  di  hadapanku  yang  dibuang  oleh  manusia  yang  tidak  bertanggungjawab  ketika  aku  berlari  dengan  pantas  untuk  memanggil  sahabatku. Akibatnya, aku   telah  jatuh  tersungkur  di  hadapan   khalayak  ramai  iaitu  kawan-kawan  sekolah  aku  sendiri  yang  sedang  menikmati  makanan  yang  mereka  beli  di  kantin  sekolah. Mereka  semua  mentertawakan  aku  kerana  aku  jatuh  seperti  ‘nangka  busuk’. Aku  berasa  sangat  malu  pada  ketika  itu.
      “ Fadilah, awak  tak  apa-apa  ke? Mari  saya  tolong  awak” tanya  Afifah, rakan  sekelasku  sambil  menolong  aku  untuk  berdiri.
      “ Saya  tak  apa-apa, cuma  siku  saya  terasa  sakit. Mungkin  sebab  terjatuh  tadi  agaknya” aku  terus  melihat  siku  aku  yang  terasa  sakit  itu.
      “ Mari  sini  saya  tolong  tengokkan. Ya  Allah, siku  awak  berdarah  ni. Mari, saya  bawa  awak  ke  bilik  sakit. Luka  awak  ini  perlu  dicuci. Jikalau  tidak, ia  akan  dijangkiti  kuman” bebel  Afifah  panjang  lebar  setelah  dia  melihat  luka  di  siku ku.
         Melihat  Afifah  membersihkan  luka  di  siku ku, hatiku  berbisik. Baik  juga  Afifah  ini. Walaupun  dia  seorang  pendiam  di  dalam  kelas, tetapi  hati  dia  baik. Dia  tak  seperti  orang  lain. Dia  sangat  berbeza.



Setelah  siap  dicuci……….
      “ Terima  kasih, Afifah  sebab  tolong  cucikan  luka  saya  tadi. Mujurlah  ada  awak. Jikalau  tidak, saya  tidak  tahu  apa  akan  terjadi  pada  luka  ini. Mungkin  luka  ini  tidak  akan  sembuh  akibat  dijangkiti  kuman. Barangkali  saya  akan  dihantar  ke  hospital  untuk  diberi  rawatan” ucapku  kepada  Afifah  sambil  berterima  kasih  padanya.
      “ Eh, tidak  mengapa. Saya  tolong  awak  pun  ikhlas. Saya  tak  ada  niat  apa-apa  pun. Lagipun  saya  kesian  melihat  awak  jatuh  tersungkur  seperti  nangka  busuk  di  hadapan  khalayak  ramai  tadi. Mereka  semua  mentertawakan  awak. Sepatutnya, mereka  membantu  awak  bukan  mentertawakan  awak” ucap Afifah  sambil  berseloroh.
      “ Salah  saya  juga,Afifah. Tidak berhati-hati. Saya  tidak  sepatutnya  berlari  tadi. Hari  ini  saya  dalam  kesusahan, awak  tolong  saya. Mana  tahu  lain  kali  saya  pula  akan  tolong  awak. Semua  kejadian  ketentuan  Allah. Kita  harus  menerimanya  dengan  redha” balasku  sambil  cuba  untuk  meniru  gaya  penceramah.
       “ Eh, saya  tolong  awak  ikhlas. Saya  tidak  mengharapkan  apa-apa  balasan  pun  dari  awak. Kalau  tidak  ada  apa-apa  lagi, saya  minta  diri  dulu. Saya  mahu  pulang  ke  rumah. Ibu  saya  menyuruh  saya  untuk  pulang  awal  setelah  sesi  pembelajaran  tamat” balas  Afifah  sambil  menghulurkan  tangan  untuk  bersalam.
        “ Baiklah, terima  kasih  atas  pertolongan  awak. Jumpa  awak  di  kelas  esok  pagi” ucapku  setelah  melambaikan  tangan  kepadanya  menandakan  yang  kami  akan  berpisah  untuk  hari  ini.

Keesokan  harinya, aku  terus  menuju  ke  kelasku  setelah  aku  tiba  di  sekolah. Sesampainya  aku  di  kelas  iaitu  kelas  2  Ibnu  Sina, aku  melihat  tiada  sesiapapun  di  situ. Aku  terus  meluru  masuk  lalu  meletakkan  beg  sekolahku  di  tempat  dudukku. Tiba-tiba…….
         “ Assalamualaikum…awalnya  awak  sampai. Sekarang  baru  pukul  6.50  pagi. Awak  sudah  berada  di  dalam  kelas” sapa  Afifah  melalui  pintu  belakang  kelas  kami.
         “ Waalaikumussalam…oh, Afifah! Kebiasaannya  waktu-waktu  begini  saya  sudah  berada  di  dalam  kelas  bagi  membersihkan  kelas  yang  kelihatan  begitu  kotor  ini. Tambahan  pula, hari  ini  adalah  giliran  saya  untuk  membersihkannya” balasku  dengan  nada  sedikit  terkejut.
         “Oh, kalau  begitu, marilah  kita  sama-sama  membersihkan  kelas  ini. Lagipun  ini  kelas  kita. Kita  harus  bekerjasama  untuk  menceriakan  kelas  kita”  ucapnya  sambil  mengambil  penyapu  dan  mula  membersihkan  kelas.
Setelah  siap  membersihkan  kelas, kami  mengambil  tempat  duduk  masing-masing  bagi  melepaskan  lelah. Selepas  beberapa  minit  berlalu, kelihatan  murid-murid  sekolah  kami  berpusu-pusu  memasuki  kelas  masing-masing  dan  mengambil  tempat  duduk  masing-masing.

Pada  sesi  pembelajaran  bermula, Iylia  langsung  tidak  menegurku  walaupun  sepatah  kata  selepas  kejadian  kelmarin.
        “ Opps, maafkan  saya. Saya  tidak  sengaja” ucapku  setelah  terlanggar  dia  yang  membawa   minuman  di  atas  dulang  dan  menyebabkan  minuman  itu  tertumpah  ke  atas  tudung  sekolahnya.
        “ Apa  maaf-maaf. Awak  buta  ke  apa. Tak  Nampak  ke  saya  tengah  bawa  minuman  ni” tengkingnya  kepadaku  setelah  minuman  itu  tertumpah   ke  atas  tudungnya  dan  menyebabkan  tudungnya  kotor.
       “ Maafkan  saya, Iylia. Saya  tidak  sengaja.”
       “ Ah, tiada  maaf  bagimu” ucapnya  lalu  meninggalkan  aku  terkedu  di  situ  seorang  diri.

Selepas  tamat  waktu  rehat, aku  berjalan  untuk  ke  kelas  semula  bagi  mengikuti  pelajaran  seterusnya. Dalam  perjalanan  ke  kelas, aku  terserempak  dengan  Iylia  yang  juga  mahu  kembali  ke  kelas. Aku  cuba  senyum  kepadanya  tetapi  senyumanku  tidak  dibalas  langsung. Tanpa  melengahkan  masa, aku  terus  menuju  ke  kelas  secepat  yang  mungkin.

Ketika  sesi  pembelajaran  dijalankan,  aku  hanya  menumpukan  perhatian  pada  pelajaran  yang  diajarkan  oleh  guruku  di  hadapan  kelas. Walaupun  hatiku  resah  kerana  Iylia  tidak  melayanku  seperti  sedia  kala, aku  cuba  untuk  menumpukan  sepenuh  perhatian  pada  pelajaran  yang  diajarkan  oleh  guruku.

Setelah  sesi  persekolahan  tamat, aku  terus  menuju  ke  pintu  pagar  sekolah  untuk  pulang  ke  rumah. Dalam  perjalanan  pulang, kepalaku  terasa  berpinar-pinar. Aku  seperti  berada  di  awang-awangan. Dalam  sekelip  mata, aku  terus  pengsan  dan  tidak  menyedari  apa-apa  lagi.

Setelah  aku  sedar  dari  pengsan, aku  mendapati  bahawa  diriku  sudah  berada  di  dalam  sebuah  bilik  yang  kecil.
       “ Saya  di  mana  ni?” ucapku  perlahan  dan  sayup-sayup  kedengaran.
       “ Bertenang, Fadilah. Awak  berada  di  hospital  sekarang. Saya  nampak  awak  pengsan  di  tepi  jalan  tadi  semasa  saya  hendak  pulang  ke  rumah. Lalu, saya  menghantar  awak  ke  hospital  untuk  menerima  rawatan” balas  Afifah  dengan  penuh  tenang  dan  yakin.
       “ Macam  mana  saya  boleh  pengsan  di  tepi  jalan?”
       “ Selepas  doktor  memeriksa  awak, doktor  menyatakan  bahawa  awak  menghidap  penyakit  buah  pinggang. Salah  satu  buah  pinggang  awak  tidak  dapat  berfungsi. Apa  awak  sudah  mengetahui  yang  awak  menghidap  penyakit  buah  pinggang?” tanya  Afifah  dalam  keadaan  cemas.

Ketika  itu  juga  aku  menggelengkan  kepala  menandakan  aku  tidak  tahu. Aku  tidak  tahu  sama  sekali  yang  aku  menghidap  penyakit  buah  pinggang.
        “ Doktor  juga  ada  memberitahu  saya  bahawa  awak  terpaksa  ditahan  di  dalam  wad  ini  untuk  pemeriksaan  lanjut. Boleh  saya  minta  nombor  telefon  ibu  awak? Saya  harus  memberitahu  ibu  awak  tentang  keadaan  awak  sekarang. Nanti  ibu  awak  risau  pula  tentang  awak” ucap  Afifah  panjang  lebar  serta  dalam  keadaan  sopan.

Aku  terus  memberitahu  nombor  telefon  ibuku  kepadanya. Dalam  sekelip  mata, dia  terus  menghubungi  ibuku  menggunakan  telefon  bimbit  yang  dibawa  untuk  memberitahu  tentang  keadaanku  sekarang.
        “ Ibu  awak  memberitahu  saya  yang  dia  akan  datang  ke  sini  sebentar  sahaja  lagi  untuk  melihat  keadaan  awak.”
        “ Baiklah, terima  kasih  kerana  menghantar  saya  ke  hospital  dan  tolong  memberitahu  ibu  saya  tentang  keadaan  saya  sekarang. Saya  ini  hanya  tahu  menyusahkan  awak  sahaja” beritahuku  dalam  keadaaan  yang  sangat  bersalah.
        “ Eh, janganlah  cakap  begitu. Awak  tidak  pernah  menyusahkan  saya  pun. Saya  tolong  awak  ini  pun  ikhlas” balasnya  dengan  sopan.

Setelah  ibuku  tiba  di  wad  yang  aku  duduki,  dia  terus  mendapatkan  aku  yang  terbaring  lemah  di  atas  katil. Dia  terus  memelukku  dengan  erat  setelah  mengetahui  penyakitku  selepas  diberitahu  oleh  Afifah. Di  dalam  pelukanku, ibuku  menangis  teresak-esak  sambil  membisikkan  sesuatu  di  telingaku.
        “ Adik, kenapa  adik  tak  beritahu  ibu  yang  adik  ada  penyakit  buah  pinggang. Risau  ibu  selepas  Afifah  beritahu  yang  adik  ada  penyakit” ucap  ibu  sambil  teresak-esak  menahan  tangis  di  bahuku.
        “ Adik  pun  tak  tahu  langsung  yang  adik  ada  penyakit, ibu. Adik  baru  saja  tahu  selepas  kawan  adik, Afifah  beritahu  adik. Ibu, kalau  jadi  apa-apa  dekat  adik, adik  nak  ibu  jaga  diri  ibu  baik-baik  tau. Adik  sayang  ibu  sangat-sangat.”
        “ Adik, jangan  cakap  macam  tu. Ibu  pun  sayangkan  adik  sangat-sangat. Ibu  tak  nak  adik  tinggalkan  ibu. Ibu  sayang  sangat-sangat  dekat  adik. Ibu  nak  adik  sentiasa  ada  di sisi  ibu. Ibu  dah  tua, adik. Ibu  perlukan  adik  untuk  menjaga  ibu” balas  ibuku  tersedu-sedan.

Pada  malam  itu, aku  tidur  di  hospital. Aku  terpaksa  ditahan  di  wad  kerana  doktor  ingin  membuat  pemeriksaan  yang  lebih  teliti  terhadap  diriku.

Keesokan  harinya, doktor  menelefon  ibuku  dan  menyatakan  bahawa  keadaanku  kini  sangat  kritikal. Kedua-dua  buah  pinggangku  tidak  dapat   berfungsi  dengan  sempurna. Buah  pinggangku  harus  diganti  dengan  buah  pinggang  yang  baharu. Tetapi  tiada  penderma  yang  mahu  mendermakan  buah  pinggang  mereka  kepadaku.
        “ Maafkan  saya, puan. Anak  puan  dalam  keadaan  sangat  kritikal  sekarang. Kedua-dua  buah  pinggangnya  tidak  dapat  berfungsi. Jadi, kami  memerlukan  penderma  buah  pinggang    yang  mahu  mendermakan  buah  pinggangnya  secepat  mungkin. Jika  pemindahan  buah  pinggangini    tidak  dilakukan  dalam  masa  2  jam, anak  puan  mungkin  akan  mati” beritahu  doktor  yang  merawatku  kepada  ibu  dengan  cemas  tetapi  jelas.
        “ Astaghfirullahalazim, anakku. Ya  Allah  Ya  Tuhanku, kau  selamatkanlah  anakku. Janganlah  engkau  ambil  nyawanya, Ya  Allah” ucap  ibu  tersedu-sedan  menahan  tangis.

Selepas  beberapa  minit  berlalu, Afifah  tiba  di  hospital  dalam  keadaan  yang  tergesa-gesa.
        “ Mak  cik, macam  mana  dengan  keadaan  Fadilah?” tanya  Afifah  dalam  keadaan  yang  sangat  cemas.
        “ Fadilah  dalam  keadaan  yang  sangat  kritikal  sekarang. Kedua-dua  buah  pinggangnya  tidak  dapat  berfungsi” beritahu  ibu  teresak-esak  di  bahu  Afifah.
        “ Astaghfirullahalazim…..Ya  Allah  Ya  Tuhanku, Kau   selamatkanlah  sahabatku, Fadilah. Jadi, apa  kata  doktor, mak  cik?”
        “ Doktor  cakap, penderma  buah  pinggang  diperlukan  segera  untuk  dibuat  pemindahan  buah  pinggang. Jikalau  pemindahan  buah  pinggang  tidak  dilakukan  dalam  masa  2  jam, kemungkinan  Fadilah  akan  mati” beritahu  ibu  kepada  Afifah  dalam  keadaan  yang  sangat  sedih.
        “ Kalau  begitu, saya  akan  mendermakan  buah  pinggang  saya  kepada  Fadilah.”
        “ Eh, jangan  Afifah. Awak  masih  muda  dan  masih  jauh  lagi  perjalanan  awak  untuk  mencapai  cita-cita  yang  awak  impikan  selama  ini” larang  ibu  daripada  membenarkan  Afifah  mendermakan  buah  pinggangnya.
        “ Tidak  mengapa, mak  cik. Demi  seorang  sahabat, saya  sanggup  melakukannya  walaupun  ia  membahayakan  nyawa  saya  sendiri.”

Belum  sempat  ibu  membantah, Afifah  sudah  menuju  ke  bilik  pembedahan. Ibu  menunggu  sambil  menangis  teresak-esak  seorang  diri.

Selepas  pemindahan  buah  pinggang  selesai, doktor  yang  merawat  Fadilah  keluar  dari  bilik  pembedahan  itu.

Setelah  melihat  doktor  keluar  dari  bilik  pembedahan, ibu  terus  meluru  ke  arah  doktor  untuk  mengetahui  keputusan  pemindahan  buah  pinggang  Afifah  kepada  anaknya.
        “ Buah  pinggang  adik  Afifah  sangat  sesuai  dengan  anak  puan. Jadi  pemindahan  buah  pinggang  berjalan  dengan  lancar” beritahu  doktor  yang  melakukan  pemindahan  buah  pinggang  itu  kepada  ibu  dengan  tenang.
        “ Alhamdulillah…syukur  kepada  hadrat  Illahi. Tapi  bagaimana  dengan  Afifah?” tanya  ibu  ingin  tahu  tentang  keadaan  Afifah.
        “ Terlebih  dahulu  saya  ingin  memohon  maaf  kerana  adik  Afifah  telah  meninggal  dunia  semasa  pemindahan  buah  pinggang  sedang  dijalankan.”
        “ Innalillah…..Afifah  tidak  sepatutnya  mendermakan  buah  pinggangnya  kepada  Fadilah” ucap  ibu  tersedu-sedan  menahan  tangisnya.
        “ Sabarlah, puan. Afifah  sudah  melakukan  satu  pengorbanan  yang  sangat  besar  iaitu  mengorbankan  nyawanya  demi  seorang  sahabat  baiknya. Sebelum  saya  meminta  diri, saya  ingin  menyampaikan  sesuatu  iaitu  sepucuk  surat  daripada  adik  Afifah  untuk  Fadilah. Saya  harap  puan  dapat  menyampaikan  surat  ini  kepada  Fadilah  setelah  dia  sedar  dari  tidurnya  nanti.”

Setelah  5  jam  Fadilah  tidak  sedarkan  diri  akibat  kesan    daripada  ubat  yang  diberikan  semasa  pemindahan  buah  pinggang, akhirnya  dia  sedar  juga  dari  tidurnya  yang  panjang.

Ibu  terus  meluru  ke  katil  Fadilah  bagi  mendapatkan  anaknya  yang  sedang  terbaring  dalam  keadaan  tidak  bermaya  itu.

Selepas  itu  Puan  Ramlah, iaitu  ibu  kepada  Fadilah  menyerahkan  sepucuk  surat  yang  diterima  oleh  doktor  dari  Afifah  kepada  anaknya, Fadilah. Fadilah  membaca  surat  tersebut  dengan  begitu  teliti  sekali.

Isi  surat  yang  dibaca  oleh  Fadilah  berbunyi  begini:-
Assalamualaikum, Fadilah….
        Selepas  awak  menerima  surat  dari  saya  ini, bermakna  saya  sudah  tiada  di  dunia  ini. Saya  telah  pergi  jauh  dari  dunia  ini  buat  selama-lamanya. Saya  telah  membuat  keputusan  untuk  mendermakan  buah  pinggang  saya  kepada  awak   setelah  saya  mengetahui  tentang  keadaan  awak. Saya  kasihan  melihat  ibu  awak  menangis  teresak-esak  setelah  dia  mengetahui  tentang  penyakit  awak. Jadi, saya  mendermakan  buah  pinggang  saya  kepada  awak  agar  awak  dapat  meneruskan  hidup  awak  seperti  sedia  kala. Saya  juga  ingin  memohon  ampun  dan  maaf  jika  saya  telah  melakukan  kesalahan  pada  awak  dan  membuat  awak  terluka  tanpa  saya  sedari. Saya  berharap, awak  akan  dapat  menjaga  ibu  awak  sebaik  mungkin  kerana  hidupnya  juga  tidak  lama. Dia  sudah  tua. Dia  memerlukan  seseorang  untuk  memberi  perhatian  kepadanya. Saya  sayangkan  awak  sangat-sangat  seperti  kakak  saya  sendiri.
                              Sahabatmu  yang  sentiasa  menyayangimu: Afifah

Setelah  Fadilah  selesai  membaca  isi  surat  yang ditulis  oleh  sahabatnya, Afifah, dia  menangis  sekuat  hatinya  lantas  memeluk  ibunya  dan  menyembamkan  mukanya  ke  bahu  ibunya  sambil  menyebut  nama  sahabat  baiknya  iaitu  Afifah.
        “ Afifah, kenapa  awak  tinggalkan  saya  seorang  diri. Saya  amat  sayangkan  awak. Saya  tak  nak  awak  tinggalkan  saya. Saya  sudah  menganggap  awak  seperti  adik  saya  sendiri” ucap  Fadilah  teresak-esak  menahan  tangis.

Selepas  kejadian  itu, Fadilah  mula  mengerti  apa  sebenarnya  itu  sahabat. Dan  betapa  utuhnya  sesuatu  persahabatan  jikalau  ia  dijalinkan  dengan  penuh  rasa  kasih  sayang.

Kini, Fadilah  memulakan  hidupnya  yang  baharu  tanpa  sahabat  baiknya  iaitu  Afifah. Banyak  perubahan  yang  telah  berlaku  pada  dirinya  setelah  ketiadaan  sahabat  baiknya. Dulu  Fadilah  seorang  yang  periang  dan  suka  tersenyum. Tetapi  kini, tiada  lagi  senyuman  dan  gelak  tawanya. 

Pada  setiap  hari, Fadilah  akan  termenung  di  dalam  biliknya  seorang  diri. Dia  langsung  tidak  bergaul  dengan  sesipa. Malah  dia  jarang  keluar  dari  biliknya.  Dia  lebih  suka  duduk  di  dalam  biliknya  seorang  diri.

Kekadang  Fadilah  akan  memegang  gambar  sahabat  baiknya  iaitu  Afifah. Dia  akan  mencium  dan  memeluk  gambar  itu  seerat-eratnya.

Ketika  Fadilah  berada  di  sekolah, dia  langsung  tidak  berbual  dengan  kawan  sekelasnya  seperti  dahulu. Kini, dia  suka  bersendirian  di  belakang  kelas. Ada  ketika, dia  menangis. Kawan-kawan  yang  lain  berasa  hairan  kerana  Fadilah  yang  mereka  kenal  selama  ini  telah  berubah.

Fadilah  yang  mereka  kenal  dahulu  tidak  seperti  sekarang. Dulu  Fadilah  suka  meluangkan  masanya  bersama  kawan-kawannya. Tetapi  kini, Fadilah  menjadi  seorang  yang  pendiam  dan  tidak  suka  bergaul  dengan  sesiapa  pun.

Perubahan  yang  berlaku  pada  Fadilah  kini  kelihatan  lebih  ketara. Dia  kini  menjadi  semakin  pendiam  dan  langsung  tidak  mahu  bercakap.

Setelah  setahun  pemergian  sahabat  baiknya, Afifah, Fadilah  mulai  sedar  bahawa  sahabat  sangat  penting  ketika  kita  dalam  keadaan  sedih  mahupun  suka. Semua  orang  memerlukan  sahabat.

Fadilah  mula  berubah  demi  kepentingan  dirinya  sendiri. Sekarang  Fadilah  sudah  mula  membuka  mulut  untuk  berbicara  dengan  kawan-kawan  sekelasnya  semula. Dia  tidak  lagi  duduk  bersendirian  di  belakang  kelas. Malah, kini  dia  lebih  banyak  meluangkan  masa  bersama  kawan-kawannya.

Mulai  sekarang, Fadilah  tidak  lagi  mengurung  dirinya  sendiri  di  dalam  bilik.  Pada  setiap  petang, dia  akn  keluar  rumah  untuk  beriadah. Di  samping  itu, dia  akan  cuba  untuk  tenangkan  dirinya  agar  dia  tidak  akan  melakukan  perkara  yang  merisaukan  orang  lain  lagi.

Puan  Ramlah, iaitu  ibu  kepada  Fadilah  mulai  senang  dengan  perubahan  Fadilah  kini. Dia  tidak  perlu  risau  lagi  sekarang  kerana  Fadilah  tidak  lagi  selalu  termenung  sepanjang  hari  megingatkan  arwah  Afifah  iaitu  sahabat  baiknya.

Kini, hidup  Fadilah  lebih  ceria  kerana  ramai  kawan-kawannya  yang  memberikan  nasihat  kepadanya. Dia  lebih  senang  hati  sekarang  kerana  ramai  yang  ingin  bersahabat  dengannya  setelah  mereka  mengetahui  kisah  silam  Fadilah.

Mereka  juga  cuba  untuk  menggembirakan  hati  Fadilah  setelah  sekian  lama  mereka  lihat  Fadilah  murung  sahaja. Mereka  juga  mendapat  tahu  tentang  kisah  silam  Fadilah  dari  ibu  Fadilah.

Setelah  Fadilah  tamat  pengajiannya  di  sekolah  menengah, Fadilah  melanjutkan  pelajarannya  di  universiti  terkemuka. Dia  belajar  bersungguh-sungguh  demi  untuk  mencapai  cita-citanya  yang  diimpikan  selama  ini. Dia  ingin  menjadi  seorang  doktor  yang  bekerjaya. Dia  akan  menolong  orang  yang  memerlukan  bantuannya  demi  menyelamatkan  nyawa  mereka. Walau  bagaimanapun,  Fadilah  tidak  akan  lupa  sahabat  baiknya  iaitu  Afifah. Pada  setiap  saat, Fadilah  selalu  teringatkan  sahabat  baiknya  itu. Afifah  adalah  sahabat  yang  paling  baik  yang  pernah  dia  jumpa. Tiada  lagi  orang  yang  dapat  menandingi  kebaikan  Afifah.

Dan  kini  Fadilah  sudah  mencapai  cita-citanya  yang  diimpikan  selama  ini. Dia  sudah  manjadi  seorang  doktor  dan  sedang  berkhidmat  di  salah  sebuah  hospital  swasta  yang  terkenal  di  bandaraya  Kuala  Lumpur.

Walau  bagaimanapun, dia  tidak  akan  pernah  lupa  pada  Afifah. Dia  meletakkan  gambar  Afifah  di  atas  meja  kerjanya  sebagai  pengubat  rindunya  pada  Afifah. Walaupun  gambar  itu  sudah  lama, tetapi  Fadilah  tetap  menyimpannya  hingga  sekarang.

Fadilah  teramat  merindui  Afifah  iatu  sahabat  yang  selalu  menemaninya  di  kala  suka  dan  duka. Afifah  juga  selalu  mengajarnya  membuat  kerja  sekolah  jika  dia  tidak  dapat  membuatnya.

Kini, Fadilah  lebih  menghargai  seorang  insan  yang  dipanggil ‘SAHABAT’.

Tiada ulasan: